slatan.worlda space for slatan
Thursday, September 17, 2026

Ryb3na, Jayy & The Spaceship

Current mood: studio, kopi, kenal orang
Two Malay friends talking in a studio control room
Good room, good gear, no big agenda.

Min dapat dengar project untitled.stream kawan lama Min, Ryb3na. Setakat ni ada 17 lagu dalam tu. Dia share pun sebab love je, bukan sebab nak pitch apa-apa. Min pun dengar macam kawan dengar kawan punya world. Tak perlu ada agenda besar untuk benda tu jadi meaningful.

Dalam project tu, ada satu lagu featuring Jayy yang buat Min stop kejap. Entah sebab tone vocal dia, atau cara melody tu duduk, first benda yang datang dalam kepala Min ialah To The World. Bukan cakap sama. Cuma dia buka pintu yang sama dalam kepala. Macam ada rasa orang tengah nyanyi jauh sikit dari dunia sebenar, tapi masih dekat dengan benda yang dia rasa.

Lepas tu Min DM Jayy. Dalam kepala Min, ingat dia budak Klang Valley. Rupanya dia dari Johor, Kampung Majidi. Tiga hari sebelum session, Min book The Spaceship. Studio dekat Desa Aman Puri, Kepong. Recording, mixing, mastering, production, jamming, semua benda studio proper. Min tak book sebab nak dia tulis lagu untuk Min. Tak ada agenda besar sangat. Min cuma nak jumpa dia dalam setting yang elok. Good room, good gear, ada sebab untuk duduk dan borak.

Sebelum ni Min selalu buat benda macam ni dengan Airbnb. Empat tahun juga. Book tempat, ajak orang datang, lepak, dengar lagu, buat benda, kadang-kadang jadi, kadang-kadang semua orang lapar je. Tapi lama-lama Min rasa nak tukar cara. Tak semua benda kena jadi dekat living room dengan laptop panas dan air mineral atas meja. Kadang bila masuk studio betul, conversation pun jadi lain sikit. Orang punya badan pun macam tahu, okay, kita datang sini bukan kosong.

Two Malay friends lepak in a studio lounge
Kadang studio session tu conversation je dulu.

Jayy cari jalan juga. Datang KL, crash tempat kawan dia Arul dekat Seri Kembangan, pastu still make it happen. Benda kecil macam tu Min perasan. Sebab ada orang cakap nak link, lepas tu hilang dekat nanti kita plan. Ada orang tak banyak bunyi, dia cari jalan.

Masa jumpa, Min borak surface level je. Music, life, dia buat benda macam mana. Dia baru habis degree, jadi Min tanya dia ni jenis free spirit ke, atau 9-to-5 guy. Dia pun macam belum betul-betul sure. Tapi Min rasa itu cuma different phase. Dia buat music sebab dia suka. Dia belum ada grand plan yang solid lagi. Tak semua orang perlu datang dengan deck presentation pasal future dia.

Yang Min suka, dia tak bagi energy poser. Tak rasa macam orang scene yang hidup dia penuh hidden agenda, name drop, image dulu, music kemudian. Dia macam orang yang tengah buat lagu sebab memang ada benda dalam diri dia nak keluar. Simple je, tapi susah juga nak jumpa yang simple macam tu.

Min cuma bagitahu apa yang Min rasa lepas dengar. Mana part yang melekat, mana part yang buat Min teringat benda lain, apa yang Min imagine bila dengar suara dia. Opinion macam ni kadang lagi sedap bila cakap depan-depan. Online semua benda cepat jadi review, ranking, content. Dalam studio, dia boleh jadi conversation biasa.

Min punya take: tak semua meeting dalam music scene kena jadi collab, recruitment, atau strategy. Kadang kita dengar sesuatu, kita curious, kita book satu bilik, kita jumpa orang tu, kita borak. Itu pun dah cukup.

Bukan semua link-up perlu announcement. Ada yang kecil je, tapi pintu dia buka.

link yang berkait

Comments

Drop your thoughts. It goes to my inbox first, bukan terus public.